Monday, March 2, 2009

...kukatakan dengan mimpi...

sewaktu khusyuk membaca laman jawapan untuk ditulis di dalam penyampaian bertulis untuk mata pelajaran pendapat bertulis, aku tertidor.. >>>sekarang aku mula mempercayai teori rakan-rakan serumahku, menurut mereka pelajar akan mudah tertidur jika membaca buku di atas tilam yang empuk..>>> dan mereka lah yang tidak menyokongku malah membantah keras pilihan ku untuk meletakkan meja belajar di dalam bilik...

sebenarnya aku ingin bercerita apa yang terjadi sewaktu aku tertidor tadi..

aku bermimpi sesuatu yang di luar dugaan akal ku..mungkinkah kerana aku terlalu memikirkan kerja ku yang makin hari makin bertambah ditambah...emmm

situasi2 di dalam mimpiku:

hari ini aku menduduki peperiksaan untuk matapelajaran sejarah..dan aku telah menghabiskan banyak masa untuk mentelaah matapelajaran itu, malah nota notaku juga pernah hilang sewaktu mentelaah...sehingga aku pernah di tegur oleh Prof X kerana menghilangkan nota nota yang telah diberikan olehnya>>> tapi itu menunjukkan aku adalah seorang pelajar yang rajin..

hari peperiksaan dan aku telah berjaya menjawab soalan-soalan itu dengan jayanya dan dengan bangga aku berjalan di dalam dewan kerana aku menjadi penghantar pertama jawapan itu dan diserahkan sendiri kepada Prof X

keesokkan nya Prof X datang berjumpa aku dan memberikan jawapan ku , yang telah di contengkan secara abstrak dengan dakwat merah sambil berkata " rozianti boleh tak tolong buat balik semua jawapan-jawapan ini.. saya tak faham langsung apa yang awak tulis"

teguran itu menyebabkan aku terjaga dari tidur, aku tersentap.. adakah????

( mimipi adalah mainan tidor jangan lah anda percaya padanya..)

1 Comments:

Blogger LadyTiz said...

ko tidur tak cuci kaki.

dalam tidur pun masih ada aura rindu2.. hahahahaa...

March 2, 2009 at 4:01 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home