Monday, November 1, 2010

..fanomena encik isnin..

hampir setahun fanomena encik isnin melanda..bulan november ni memang nyata cukup setahun..perkenalan kami adalah secara tidak sengaja di pejabat tanah XX [ terpaksa disensorkan]..

nampaknya fanomena ini kemungkinan besar akan ditamatkan pada bulan november ini; memandangkan Encik Isnin semakin lama semalin hilang..tetapi dalam masa yang sama semakin lama semakin dekat juga...

fanomena encik Isnin boleh diibaratkan seakan-akan fanomena drama-drama bersiri Korean di televisyen : winter sonata contohnya..drama adalah bermusim dan tak akan tahan selamanya..tiada lagi kisah cinta bawah pokok dan salji-salji putih...

seakan juga fanomena Akademi Fantasia..dulu akan kelihatan aksi-aksi tarian kengkang peserta yang nyata kini dah mula dilupakan..bak kata org artis-artis mee segera itu dah dilupakan..seperti nasib kumpulan2 dan artis2 realiti tv segera yang mana pudar dan hilang selepas setahun dan kekadang akan muncul sebagai watak tangan tempelan di drama tempelan di waktu offce hour di siaran telivesyen percuma malaysia

ianya juga seakan fanomena ketaksuban terhadap tudung ala-ala gipsi..harga dah la mahal nak mampus..ringkasnya digelakkan sampai tahap gulingan bila dipakai di rumah saudara mara ketika pulang berhari raya di kampung..bak kata pepatah orang perlis tak jumpa tudung macam tuh kat tempat dorg..

seperti juga fanomena ketaksuban segenap masyarakat yang berlumba-lumba nak jadikan kampung terpencil sebagai kampung internet..melawat pasar-pasar menjual ayam dan beramah mesra dengan penjual ayam..klu ayam tuh boleh berkata-kata maunya ayam tuh mintak disembelih lagi sekali..geli katanya..dan juga fanomena menghantar gula,tin-tin susu, kain batik sarung dari rumah ke rumah yang nyata juga bermusim..baik hantar i phone ke, tiket melancong pergi balik ke..

fanomena ketaksuban ini akan terus melanda..tetapi akan ada juga hentiannya..seperti fanomena -fanomena di atas,,natijahnya bagaimana dengan angin fanomena encik isnin ini...

kekadang dirasakan en isnin datang dan memberikan sepenuh jiwa raga
1 )seperti pekerja yang datang untuk dapatkan pekerjaan di syarikat bertaraf antarabangsa..dtg dengan penuh harapan dan janji-janji

2 )kekadang en isnin seperti mamak yang datang mengambil order nescafe o ais tetapi menghantar kepada pelanggan secawan teh tarik dan

3 )kekadang dirasakan seperti black ( artis segera juga ) yang mengharapkan sofea jane muncul dalam mimpi..



arghhhhh...harus ditamatkan fanomena ini atau tidak....dengan kata lain

" bagi ku ku telah terlanjur menyintai mu "

2 Comments:

Blogger faerl said...

OMG ...... penuh falsafahh ....tp aku ske yg bab ketaksuban tudung gipsi ... ptt la bl ke perlis pelik bebeno dorng tgk aku ...cam tgk alien ....

November 8, 2010 at 2:55 PM  
Blogger Yana said...

bab perlis tu yg x tahan.. aku gelak sbb tudung tu xsesuai ngan mung.. umpama fenomena2 huraian di atas... giler penuh falsafah.. semoga fenomena en isnin itu umpama mamak yg amik order air kosong, tapi hantar order dengan carrot susu, free plak tuh..

November 8, 2010 at 5:19 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home